Friday, 8 July 2011

pompang

PENGENALAN

Di zaman arus teknologi yang semakin berkembang ini menyebabkan masyarakat masa kini semakin tidak mengenali peralatan-peralatan tradisional yang digunakan pada zaman dahulu kala. Kebanyakan peralatan tersebut telah diubahsuai mengikut teknologi yang moden. Dengan itu tugasan ini dihasilkan bertujuan untuk mendedahkan serta memperkenalkan kepada masyarakat sejagat terutamanya generasi di alaf baru tentang peralatan-peralatan tradisional serta kegunaannya, yang terdapat di Malaysia oleh masyarakat zaman dahulu. Di samping itu ia juga dapat memberi gambaran dan fahaman kepada masyarakat tentang rupa bentuk peralatan dan fungsinya dalam masyarakat umum di Malaysia.

Secara amnya, peralatan tradisional ini digunakan pada masa dahulu dan sesetengah daripadanya masih digunakan pada masa kini. Dengan adanya tugasan ini, diharap dapat membantu mengekalkan serta mendedahkan kepada generasi masa sekarang dan masa depan tentang pelbagai alat-alat tradisional.














Pendahuluan
Pukat-pukat jenis sorong ini tergolong dalam pukat yang menyerupai pukat tunda tidak kira dalam segi bentuk mahupun operasinya. Namun operasi pukat sorong berlawanan dengan operasi pukat tunda di mana pukat tunda perlu ditarik manakala pukat sorong ditolak ke hadapan. Pukat ayun pula menyerupai pukat tunda dari segi bentuk pukatnya.
Peralatan asal dibuat daripada kayu seperti ranting, dahan lembut, rumput dan serabut pokok. Kini, pukat sorong dan ayun diperbuat daripada benang jaring yang digunakan di seluruh dunia.(von Brandt, 1984)
Dalam pembinaan perangkap dan pukat cekam, terdapat perubahan daripada bahan-bahan kayu yang dijalinkan kepada bahan benang jaring- sebagaimana berlaku pada alatan perikanan yang lain. Perkembangan ini juga berlaku kepada jenis alatan perikanan yang lain.
Dalam bentuknya yang lebih kecik, pukat-pukat bakul dikerjakan dngan tangan untuk menyauk ikan dan hidupan laut yang lain di dalam air. Pada mulanya, pukat jenis ini dibuat daripada papan seperti bakul datar. Namun begitu, pukat ini mula dibuat dengan menggunakan benang jaring pelbagai bahan. Selalunya pukat ini terbuka disebabkan bingkai di sekeliling mulutnya. Sekarang, alatan ini diperbuat daripada benang jaring berbuku.
Terdapat pelbagai bentuk dan cara pengoperasian alatan pukat bakul tersebut. Bakul sauk atau penyauk yang kecil boleh digunakan untuk mengendalikan atau memindahkan ikan yang telah ditangkap seperti penyauk yang digunakan oleh nelayan “hiburan” atau penyodok untuk memindahkan tangkapan yang ditangkap menggunakan alatan lain dalam perikanan dagangan.
Pukat sorong yang berbagai saiz merupakan satu-satunya alatan dalam perikanan jenis ini. *Gombang atau Pompang pula dapat digunakan di saluran keluar sesuatu tasik, sungai atau di kawasan laut cetek yang berarus. Ini membuktikan bahawa alatan ini memerlukan arus untuk beroperasi dengan lebih efektif kerana pukat ini statik. Arus yang ada membuka pukat tersebut menjadi memanjang sementara bingkai yang ada membuka bahagian mulutnya.
Peraturan Perikanan Malaysia 1971 (Larangan cara menangkap ikan) melarang penggunaan pukat sorong yang dijalankan menggunakan bantuan bot dan kapal yang digerakkan secara mekanikal kerana penggunaan pukat tersebut yang hanya dipraktikkan di kawasan yang cetek akan menyebabkan kepupusan pelbagai hidupan akuatik.



Kaedah Operasi
Alatan ini berasal daripada model yang terdahulu yang dibina daripada bahan selain benang jaring. Sekarang, alatan ini dibina dengan menggunakan benang jaring dan beroperasi di serata tempat di seluruh dunia. Selalunya alatan ini mempunyai bingkai di sekeliling mulutnya untuk membuat pukat terbuka dengan pertolongan arus yang mengalir melaluinya.
·         Mengawal kemasukan ikan ke dalam pukat ayun
Terdapat pukat ayun yang mempunyai sayap untuk memandu ikan atau udang ke dalam pukat. Penuju yang digunakan merupakan pagar yang dibuat daripada berbagai-bagai bahan termasuk benang jaring atau hanya satu barisan pacang kayu. Di Malaysia, Indonesia dan Singapura, gombang@pompang yang digunakan mempunyai penuju dipasang beberapa kilometer dari pantai. Dalam kes ini, gombang@pompang memerlukan pelantar bekerja dan pondok tempat berteduh bagi nelayan untuk memasak makanan dan minuman serta merebus dan mengeringkan hasil tangkapan.
·         Menghalang ikan keluar
Terdapat sebidang perangkap,belat atau bakul yang mempunyai injap atau bahagian pintu di dalam pukat yang berbentuk corong  hujung gombang@pompang. Kerana inilah dalam pengkelasan alatan menangkap ikan,  gombang@pompang turut disenaraikan dalam kumpulan perangkap. Namun begitu, gombang@pompang berbeza dari perangkap kerana semua pukat bakul termasuk gombang@pompang memerlukan arus untuk beroperasi dengan lebih efektif sedangkan perangkap tidak memerlukan arus. Namun begitu, sekiranya mempunyai arus, tangkapan alatan perangkap dijangka lebih banyak.
Pompang di dalam air dipasangkan pada kayu pacing yang mengarah kepada arus. Apabila air surut, arus menjadi deras menyebabkan mulut pompang terbuka luas. Pada masa ini sekiranya ikan-ikan bergerak di kawasan hadapan pompang, ikan-ikan ini akan ditarik oleh arus, masuk dan tertangkap di dalam pompang. Semasa air telah surut nelayan akan pergi membuka keroncong pukat untuk mengambil ikan-ikan yang terperangkap yang biasanya terdiri daripada ikan kikik, ikan baja, ikan campur, udang, udang baring dan lain-lain lagi.




Kawasan Operasi
Pompang merupakan alat menangkap ikan yang tidak bergerak. Ianya dipasang di dasar laut yang lembut dan rata menghadap arah arus yang deras di kedalaman 24 meter hingga 28 meter. Oleh kerana pompang hanya digunakan pada masa terdapatnya arus yang deras, maka penggunaannya adalah terhad kepada air pasang besar iaitu tujuh hingga lapan hari setiap bulan.
CONTOH KES
~ Penggunaan Pompang di Pulau Pinang
Pukat jenis ini digunakan di selat antara Pulau Pinang dan Semenanjung. Sebuah bakul berbentuk kon digunakan untuk menapis ikan dan hidupan lain.Perbezaan ketara air pasang surut menentukan isipadu air yang ditapis. Pukat dipasang dengan menggunakan pancang yang tertanam di dasar laut, dua batang pancang diperlukan untuk setiap bidang pukat. Pukat ini dipasang dalam dua barisan untuk beberapa bidang pukat.
Pelampung dan tali pelampung yang terikat pada seutas tali kajar ditarik naik dahulu. Apabila tiba pada sebidang pukat, tali pelampung akan ditarik dari sebelah dalam pukat untuk tiba di keroncong agar pukat dapat diterbalikkan sesudah hasil tangkapan diambil. Tujuan pukat diterbalikkan ialah supaya pukat dapat berpusing dan dapat berfungsi semasa air pasang dan surut.
Operasi tersebut mengambil masa kira-kira 5-10 minit. Kemudian bot bergerak ke pukat yang lain pula dan operasi yang sama dilakukan lagi. Setelah menarik naik semua pukat, tangkapan diasingkan. Jenis udang Acetes merupakan tangkapan utama dan udang tersebut diproses menjadi belacan.



Faktor Yang Mempengaruhi Tangkapan dengan Menggunakan Pompang
·         Arus
            Faktor utama yang mempengaruhi tangkapan ikan menggunakan pompang adalah arus. Kehadiran arus banyak memberi bantuan kepada nelayan yang menggunakan peralatan menangkap ikan seperti pompang ini kerana pompang memerlukan bantuan arus untuk memerangkap ikan, seperti yang diketahui, pompang merupakan alatan menangkap ikan yang tidak bergerak. Justeru, ia dipasang menghadap arus deras untuk memerangkap ikan dan udang yang mengikut arah arus.
·         Pasang surut air
            Selain itu, tangkapan ikan menggunakan pompang juga dipengaruhi oleh pasang surut air. Penggunaan pompang hanya terhad pada masa air pasang selama tujuh hingga lapan hari dalam sebulan. Apabila arus surut, arus yang deras itu akan menyebabkan mulut pompang terbuka luas. Pada masa inilah ikan-ikan yang berada di hadapan pompang akan ditarik oleh arus, masuk dan terperangkap di dalam pompang.
·         Pencemaran
            Faktor pencemaran juga mempengaruhi tangkapan hidupan laut tanpa mengira alatan. Pencemaran yang berleluasa akan menyebabkan kepupusan pelbagai spesis hidupan akuatik. Pembuangan sisa toksid dan tumpahan minyak merupakan penyumbang utama kepada pencemaran lautan di dunia ini.



·         Gangguan pada habitat hidupan
            Gangguan pada habitat tempat tinggal hidupan akan menyebabkan udang-udang dan ikan-ikan ini berpindah tempat mencari habitat baru. Ini akan menyebabkan nelayan-nelayan di kawasan persisir pantai kehilangan mata pencarian dan terpaksa mencari tempat baru untuk mendpatkan semula hasil tangkapan yang memuaskan. Contoh yang paling senang dapat dilihat di Terengganu yang memberi hasil perikanan yang cukup banyak semasa awal proses penyambungan lapangan terbang ke dalam laut. Namun, setahun selepas itu hasil perikanan yang dapat dikumpul oleh para nelayan di persisir pantai Batu Rakit dan sekitarnya adalah amat sedikit.
·         Suhu
            Oleh sebab ikan dan udang tidak dapat mengawal suhu luaran, maka mereka cuma boleh hidup di dalam air di kawasan yang suhu persekitaran luarannya sesuai dengan tisu dalamannya. Sebagai vetebrat yang bernafas melalui insang dan dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan akuatik, maka ikan sentiasa berkait rapat dengan variasi suhu persekitaran. Iklim akuatik dilindungi oleh haba tentu air yang tinggi dari turun naik keadaan atmosfera yang lampau. Suhu menjadi faktor kerana, suhu mempunyai had maut tertentu terhadap kehidupan. Penyesuaian, kadar pertumbuhan, had kadar metabolik, kongregasi dalam julat terma yang ditentukan, dan pergerakan ke dalam keadaan persekitaran baru dikawal oleh suhu.




Kesan Penggunaan Alatan Terhadap Sumber Perikanan
*      Kepupusan sumber perikanan
            Kadar tangkapan ikan yang berterusan dan melebihi had akan menyebabkan kepupusan ikan terbabit. Tambahan lagi, penangkapan yang berterusan akan menyebabkan induk-induk turut ditangkap dan tidak sempat membiak. Selain itu, pemasangan pukat yang banyak boleh menyebabkan kepupusan hidupan-hidupan yang sudah terancam seperti penyu.
*      Kemusnahan habitat
            Penggunaan pompang juga akan menyebabkan kemusnahah habitat hidupan laut di tempat ia dipasang. Ini kerana pompang yang dipacangkan akan berada rapat di dasar pantai. Ini akan menyebabkan batu karang yang berada di kawasan itu dibersihkan untuk memastikan pompang yang dipasang tidak terkoyak. Ini akan memusnahkan habitat segolongan besar hidupan laut.
*      Pencemaran
            Berlaku di sekitar pelabuhan tempat menurunkan ikan di mana sisa-sisa ikan yang tidak diperlukan lagi dibuang. Air pembersihan bot dan sisa-sisa domestik para nelayan juga dibuang ke sisi. Selain itu, bot-bot yang rosak tidak dapat dibaiki dibiarkan tersadai di pantai sehingga reput yang akan menyebabkan pencemaran fizikal dan alam.




Cadangan Meningkatkan Kecekapan Alatan
*      Membesarkan saiz mulut pompang
            Kecekapan pompang dapat dipertingkatkan dengan membesarkan saiz mulut pompang sedia ada. Dengan memperbesarkan saiz  mulut pompang, bukaan mulut pompang juga akan menjadi lebih luas. Bukaan yang luas akan meningkatkan luas kawasan pintu untuk memerangkap ikan yang dibawa arus masuk ke dalam pompang. Dengan itu, jumlah hasil perikanan yang ditangkap juga akan meningkat.
*      Menambah jumlah pompang
            Para nelayan yang ingin mendapatkan lebih keuntungan haruslah mengeluarkan lebih banyak kos dan usaha. Justeru, para nelayan boleh menambah jumlah pompang yang di pasang di dasar kawasan cetek untuk menambahkan hasil perikanan.
*      Bahan membuat pompang
Pompang juga perlulah dibina dengan daya ketahanan yang tinggi. Apabila musim tengkujuh, angin akan bertiup kencang. Kayu-kayu pacang contohnya perlulah dari jenis yang mempunyai daya tahan yang tinggi dan tidak mudah reput. Kayu juga harus boleh bertahan dalam keadaan yang lama.
*      Cari kawasan yang sesuai
            Nelayan haruslah mencari tempat yang sesuai untuk memasang pompang. Memasang pompang di tempat yang menjadi lubuk bagi ikan dan udang adalah sangat menguntungkan. Ia akan member pulangan yang banyak kepada para nelayan. Kesesuian arus dan kedalaman air juga harus diambil perhatian.



*      Ubah suai
            Pompang juga memerlukan sedikit pengubah suaian. Saiz mata pukat haruslah lebih menfokuskannkepada focus utama tangkapan pompang tersebut samaada ikan atau udang. Ini perlu untuk memastikan hidupan yang tidak diingini tidak termasuk ke dalam pukat tersebut dan mati sia-sia. Selain itu, ia juga akan menjadi lebih efektif terhadap pemerangkapan hasil yang diingini sahaja.
*      Tukun tiruan
            Penyediaan tukun-tukun di kawasan persisiran pantai juga akan dapat memperbanyakkan tempat pembiakan ikan dan udang. Oleh itu, kerajaan dan para nelayan boleh mengambil tindakan untuk menurunkan tayar-tayar untuk dijadikan tukun bagi membolehkan sumber perikanan tersebut membiak dan hasil tangkapan oleh para nelayan pompang ini akan meningkat.




 GAMBAR CARI SENDIRI EA BUDAK2 UMT






Friday, 1 April 2011

DELICIOUS...CAKES....














































YOGA CAT...


 bound angle pose


 corpse pose


 downward facing dog pose


 eagle pose


 feather peacock pose


 headstand


 heron pose


 mountain pose


 open angle aeated pose


 sleeping vishnu pose


 triangle pose


 warrior pose




yoga cats.....