PENGENALAN
Ubatan tumbuh-tumbuhan
Masyarakat melayu di negara ini telah lama meyakini perubatan dan rawatan tradisional. Ini dapat di buktikan dengan banyaknya produk-produk ubatan tradisional Melayu dipasarkan serta mendapat sambutan meluas di seluruh negara. Mereka percaya bahawa perubatan dan rawatan tradisonal Melayu merupakan kaedah paling selamat dan tidak memberi kesan sampingan terhadap tubuh badan manusia. Perubatan dan rawatan tradisional Melayu banyak menggunakan bahan-bahan yang berasal daripada tumbuh-tumbuhan yang boleh di perolehi di sekeliling tempat kediaman dan hutan belantara atau di kawasan pendalaman. Satu lagi faktor perubatan dan rawatan tradisional Melayu mendapat tempat di kalangan masyarakat ialah kerana ianya lebih murah berbanding dengan rawatan dan perubatan lain.
Dianggarkan pada masa ini lebih daripada 13,000 jenis tumbuh-tumbuhan berpotensi untuk dijadikan sebagai ubatan bagi menyembuhkan berbagai penyakit. Kebanyakkan tumbuh-tumbuhan ini terdapat di kawasan tropika seperti Malaysia. Menurut kajian Universiti Sains Malaysia, terdapat lebih daripada 2000 hingga 3000 spesies tumbuh-tumbuhan ubatan di Malaysia telah digunakan bagi tujuan perubatan moden dan tradisional. Ini menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah negara yang terkenal di dunia yang kaya dengan tumbuhan semulajadinya dan dikaitkan dengan nilai perubatan.
Upacara perbomohan
Pada prinsipnya, amalan perbomohan menurut perspektif Islam mestilah didasari dengan sumber- sumber yang pasti sama ada dari al-Quran dan al-Sunnah serta sumber-sumber perundangan yang diiktiraf oleh Islam. Sekiranya berlaku kontradiksi dengan prinsip akidah Islam maka amalan tersebut dianggap terkeluar dari landasan Islam. Sebagai contoh dalam amalan mantera dan jampi serapah, kandungan isi mantera perlu jelas dan terang dan perkataan yang digunakan tidak mengandungi konotasi atau elemen yang mempersekutukan kekuasaan Allah.
Penggunaan perkataan roh, penunggu atau makluk lain dengan tujuan bersahabat atau meminta bantuan tidak dibenarkan dalam amalan perubatan. Rawatan yang menggunakan bantuan makluk seperti jin atau umumnya dikenali sebagai syaitan bertentangan dengan prinsip akidah Islam. Justeru itu, bantuan dan harapan hanyalah bersandarkan kepada Allah di samping usaha-usaha yang dilakukan.
SISTEM PERUBATAN TRADISIONAL
Sejak beberapa abad yang lampau perubatan dan rawatan tradisional Melayu telah menjadi suatu tradisi dan merupakan cabang ilmu perubatan. Ia sering di kaitkan dengan zaman kegemilangannya.Bomoh dan Tok Dukun telah menjadi pilihan masyarakat melayu pada masa itu untuk mendapatkan rawatan. Masyarakat mengiktiraf mereka kerana mempunyai kemahiran untuk mengubati penyakit yang berkaitan denganjasmani (fizikal) danro h a ni (dalaman).Bomoh dan Tok Dukun telah digunakan secara meluas oleh segenap lapisan masyarakat dan menjadi orang terpenting bagi mengubati penyakit. Masyarakat amat percaya dan mempunyai keyakinan dengan amalan perubatan dan rawatanBomoh dan Tok Dukun.
Pengamal perubatan tradisional Melayu (Bomoh dan Tok Dukun) banyak bergantung kepada pengetahuan dan ingatan yang di warisi dari gurunya secara turun-temurun. Ada juga yang dikatakan mendapat ilmu tentang perubatan dan rawatan melalui mimpi atau ilham dengan cara-cara yang tertentu. Walau bagaimanapun perubatan dan rawatan jenis ini memerlukan mereka mengenalpasti hakikat sebenar penyakit yang terkandung di dalam diri pesakit berkenaan. Rawatannya adalah bagi membersihkan si pesakit daripada unsur-unsur penyakit sehinggalah sembuh. Dengan itu bahan-bahan semulajadi ciptaan tuhan digunakan bagi mengubati penyakit si pesakit. Antaranya yang paling kerap digunakan adalah daripada jenis tumbuh-tumbuhan dan herba.
Pernah pada suatu ketika perubatan dan rawatan tradisional Melayu menjadi tidak popular di kalangan masyarakat Melayu. Ini disebabkan penemuan kaedah-kaedah perubatan dan rawatan yang lebih moden dan saintifik. Kaedah perubatan dan rawatan seperti ini lebih di percayai oleh kalangan golongan bangsawan dan para cendiakawan. Perubatan dan rawatan tradisional Melayu terpaksa bersaing dengan amalan perubatan dan rawatan baru ini. Pada masa yang sama kaedah perubatan dan rawatan sepertialopati, homeopati, naturopati, oesteopati dan sebagainya telah mulai berkembang dan bercambah. Pada zaman penjajahan amalan perubatan dan rawatanalopati sangat popular sehinggakan amalan perubatan dan rawatan tradisional Melayu di lupai. Masyarakat lebih mempercayai perubatan dan rawatan moden yang di bawa oleh penjajah kerana kajian yang dijalankan terhadap sesuatu penyakit adalah lebih saintifik dan lengkap.. Namun sejak akhir-akhir ini, perubatan dan rawatan tradsional Melayu mulai mendapat tempat di hati masyarakat di negara kita. Masyarakat lebih menggemari perubatan dan rawatan tradisonal Melayu yang tidak menggunakan bahan-bahan kimia dan beracun. Mereka lebih menyenangi perubatan dan rawatan tradisional Melayu yang menggunakan sumber semulajadi terutama sekali daripada tumbuh-tumbuhan.
FALSAFAH PERUBATAN DAN RAWATAN TRADISIONAL
Dalam perubatan tradisional Melayu falsafah asas yang di gunakan ialah penjagaan kesihatan itu
lebih baik daripada rawatan penyakit. Ini adalah selari dengan konsep perubatan dan rawatan Islam. Oleh
itu setiap manusia di galakkan mempunyai sedikit pengetahuan tentang cara mengamalkan kesihatan diri samada daripada bentuk fizikal atau mental. Bagi mengekalkan kesihatan yang baik, seseorang itu di galakkan melakukan senaman di awal pagi. Ini amat penting bagi menggerakkan sebahagian daripada anggota badan selepas bangun daripada tidur.
Selain daripada itu penjagaan kesihatan dalam perubatan tradisional Melayu ialah melalui amalanpetua. Petua terdiri daripada dua aspek iaitu amalansuruhan dantegahan. Amalan suruhan banyak berhubung dengan pemakanan dari segi jenis, kuantiti dan juga dari segi khasiat yang terdapat pada tumbuhan. Petua-petua dari segi pemakanan dan kesihatan bertujuan untuk mendapatkan keseimbangan serta mengelakkan daripada serangan penyakit dan keuzuran. Sementara amalan tegahan ialah menghalang si pesakit daripada memakan makanan tertentu semasa ‘rawatan’ yang dikenali sebagaiberpantang. Ia bertujuan untuk memelihara agar kesihatan manusia dalam keadaan baik secara berterusan atau bagi mempercepatkan penyembuhan penyakit.
Kebanyakkan pengamal perubatan tradisional Melayu mengkategorikan punca penyakit kepada yang bersangkutan dengandarah danangin. Darah dan angin merupakan dua elemen utama dalam tubuh seseorang. Kedua-dua elemen berkenaan terdapat di dalam makanan seharian. Jika kedua-duanya berada di dalam keadaan baik, maka baiklah kesihatan individu berkenaan.
Darah adalah eleman utama yang mengandungi khasiat makanan untuk pertumbuhan dan kesihatan fizikal. Darah perlu ‘panas’ tetapi tidak boleh berlebihan. Panas di dapati daripada unsur ‘api’. Jika ‘api’ seseorang itu boleh lumpuh atau mendapat barah. Angin juga berada di dalam badan dan disalurkan melalui urat. Namun terlalu banyak angin akan menyekatkan perjalanan darah dan ini akan menganggu kesihatan. Sehubungan dengan itu kaedah pengurutan juga di lakukan bagi menolak ‘angin’ dan merangsang perjalanan darah dan urat. Pengurutan biasanya di lakukan di bahagian-bahagian badan yang terlibat dengan kerja-kerja berat, seperti tangan, kaki dan belakang tubuh. Mengurut di lakukan dengan menggunakan minyak urut atau minyak angin yang di perbuat daripada minyak kelapa dan beberapa jenis tumbuhan yang diketahui mempunyai khasiat ‘panas’. Tumpuan utama dalam amalan pengurutan dilakukan terhadap perempuan lepas bersalin. Di samping itu mereka juga digalakkan mengambil ramuan tumbuhan untuk dimakan dan disapu pada badan. Ramuan ini dimakan dan berfungsi untuk mengeluarkan angin daripada urat.
TUMBUHAN DAN PENYAKIT
Dalam perubatan dan rawatan tradisional Melayu, penggunaan tumbuhan adalah amat meluas. Ia digunakan apabila penyakit di kenalpasti mengikut nama sifat dan zatnya. Kebanyakkan pengamal perubatan dan rawatan tradisional Melayu berpendapat khasiat perubatan terletak terutama pada akarnya. Bagi tumbuhan yang berubi terletak pada ubinya. Mereka meletakkan zat tumbuhan kepada tiga iaitu, Zat Besi, Zat Kawi dan Zat Kapur. Zat Besi ialah untuk menguatkan darah. Zat Kapur untuk menyejukkan badan dan Zat Kawi untuk menstabilkan perjalanan fungsi tubuh.
TUMBUHAN DAN PENYAKIT
Dalam perubatan dan rawatan tradisional Melayu, penggunaan tumbuhan adalah amat meluas. Ia digunakan apabila penyakit di kenalpasti mengikut nama sifat dan zatnya. Kebanyakkan pengamal perubatan dan rawatan tradisional Melayu berpendapat khasiat perubatan terletak terutama pada akarnya. Bagi tumbuhan yang berubi terletak pada ubinya. Mereka meletakkan zat tumbuhan kepada tiga iaitu, Zat Besi, Zat Kawi dan Zat Kapur. Zat Besi ialah untuk menguatkan darah. Zat Kapur untuk menyejukkan badan dan Zat Kawi untuk menstabilkan perjalanan fungsi tubuh.
Di antara tumbuh-tumbuhan yang mempunyai khasiat dan kesan ubatan ialah Daun sireh (Piper
betel), Serai wangi (Cymbopogun nardus), Cekur (Kaempferia galanga), pokok pinang (Areca catechu),
kunyit (Curcuma domestica), mengkudu (Morinda citrifolia), lobak putih (Raphanus sativus), halia
(Zingiber officinale), daun tutup bumi (Elephantopus scaber)
Sireh – Piper betel
Sireh (Piper betel) sampai ke Nusantara Melayu dari negara asalnya iaitu India dan Sri Lanka oleh pedagang-pedagang India. Terdapat 5 jenis sireh yang biasa digunakan di dalam perubatan dan rawatan tradisional. Di antaranya ialah sireh Melayu (kampung), sireh China (lada), Sireh India (keling), sireh Hutan (hitam), sireh Hantu (ubat). Namun dalam kajian perubatan moden, memakan sireh boleh menyebabkan penyakit kanser mulut, hidung dan perut. Ini menjadikan amalan memakan sireh semakin di tinggalkan oleh masyarakat India dan Melayu. Tafsiran ini di sandarkan kepada tabiat orang India yang memakan sireh tanpa mengikut peraturan dan rumusan asal serta memakan terlalu banyak dalam seharian. Jika keadaan ini tidak diperbetulkan maka ia amat merugikan kerana menghilangkan rahsia dan fungsi sebenar daun sireh. Kajian dan penerangan perlu dilakukan bagi menggalakkan masyarakat memakan sireh dengan tatacara yang betul. Ini kerana resipi sireh mempunyai khasiat seperti:-
•
Memecahkan angin berkumpul dalam sistem dan melegakan keadaan perut dan melepaskan angin
•
mulut (sendawa) dan dubur (kentut).
•
Merangsangkan sistem ke arah kstabilan (hormon).
•
Pembersih darah dan angin kotor.
•
Mengubati penyakit buasir, bisul, hidung berdarah, sakit gigi.
•
Pencegahan hamil
•
Sebagai solekan - penjagaan kulit dan rambut.
•
Mengubati sakit kepala, migrane, darah tinggi dan penyakit yang boleh menyebabkan penyakit
kepala.
•
Merawat bengkak zakar.
•
Merawat bengkak payudara.
•
Mengurangi pengeluaran susu ibu.
•
Merawat penyakit panau, keputihan, gatal ditempat sulit.
•
Penyakit kulit, otot, sendi dan kayap.
•
Mengubati haid yang tidak teratur.
•
Perangsang urat saraf, penyegar otot dan sendi-sendi.
•
Mencegah lendir-lendir dalam sistem badan dan melancarkan peredaran darah.
•
Boleh menghilangkan bau nafas yang busuk melalui mulut.
b. Serai atau lemongrass (Graminae)
Serai (Cymbopogon sp.) boleh di kelaskan sebagai sejenis rumput berumpun besar dan berakar besar.
Keistimewaan serai adalah kerana semua bahagiannya sepertidaun, batang, akar,
minyak dan bunga berpotensi untuk dijadikan sebagai ubatan Terdapat dua jenis serai yang biasa
digunakan oleh pengamal perubatan dan rawatan tradisional untuk dijadikan ubatan iaitu serai biasa
(Cymbopogon citratus) dan serai wangi (Cymbopogon nardus)
Daun Serai mempunyai banyak kegunaan. Di antaranya ialah:-
•
Mencuci hanyir pada daging itik dan kambing.
•
Daun serai yang dibalut dengan besi atau batu panas digunakan untuk tuaman dan bertungku pada kawasan urat saraf yang lemah, penyakit bisa otot-otot, sendi, mengecutkan rahim yang bengkak, memecahkan lendir, darah dan angin.
•
Daun serai dan jintan hitam digiling untuk di jadikan ‘paste’ bagi ditampal di dahi untuk melegakan sakit kepala seperti angin meriam dalam pantang bersalin. Campuran pada rempah ratus untuk di jadikan ‘paste’ bagi merawat bengkak-bengkak sendi dan otot.
•
Air rebusan daun serai digunakan bagi mandian ibu dalam pantang selepas bersalin dan untuk
penyakit lemah otot dan sendi.
Batang dan akar pokok serai digunakan untuk:-
•
Membantu mengubati masalah sakit perut dan memecahkan gumpalan angin serta melepaskan
angin melalui dubur (kentut) dan mulut (sendawa).
•
Dapat membantu mengimbangkan kestabilan hormon.
•
Sebagai makan harian berlauk, menambahkan aroma hidangan serta membantu meringankan
keadaan keracunan pemakanan.
•
Campuran dengan rempah ratus mempunyai khasiat bagi merawat kesihatan sistem dalaman
badan.
•
Membantu melawaskan dan melancarkan pembuangan air kecil.
Minyak Serai digunakan dalam pembuatan:-
•
Kosmetik.
•
Minyak angin berubat.
•
Pencegah nyamuk dan gigitan bisa.
•
wangi, syampu dan losyen.
Bunga Serai sering di gunakan bagi:-
•
Pencegahan kehamilan manusia dan binatang.
•
Penyegar dan pelembab kulit (awet muda).
•
Kesihatan dan kesegaran rahim.
Rempah Ratus
Tumbuhan yang dikenali dengan nama rempah ratus banyak digunakan untuk penjagaan kesihatan. Kegunaannya bergantung pada sifat setiap jenis tumbuhan berkenaan. Sebagai contohnya, lada merah, halia (Zingiber offinale), jintan putih, jintan hitam, biji sawi dan kayu manis yang mempunyai sifat panas (hangat) dan kering. Dengan sifat-sifat yang di ketahui pada tumbuhan berkenaan, ia digunakan bagi bertujuan memecah angin, menghilangkan sejuk, menghancurkan lendir dan menyembuhkan selsema dalam perubatan dan rawatan tradisional Melayu. Sementara ketumbar, manjakani danpinang yang sejuk kering sifatnya telah digunakan bagi menyembuhkan penyakit hangat, melancarkan perjalanan darah haid dan mengukuhkan gigi.
CONTOH PENYAKIT DAN UBAT
Resdung
Penyakit ini merupakan sejenis penyakit hidung yang mempunyai pelbagai simpton bergantung kepada individu-individu berkenaan. Ada yang mengalami kesesakan bernafas dan ada juga yang sentiasa bersin terutamanya di waktu pagi. Cara merawatnya adalah ambil enam helai daun limau purut dan enam helai daun limau nipis. Tumbuk daun ini bersama-sama dan dibakar pada nyalaan api untuk menghasilkan asap dan baunya. Asap yang terhasi disedutkan melalui hidung dengan menarik nafas yang panjang dan dihembuskan nafas keluar melalui mulut.
Sakit gigi
Rawatan: Ambil tempurung kelapa , dibakar dan kemudianya ditelangkupkan sebuah bekas plastik atau kaca ke atasnya. Tujuannya adalah untuk menghasilkan wapnya atau abu minyak pada bekas tersebut. Calitkan wap tersebut dengan kapas yang kecil dan letakkan kapas tersebut digigi yang sakit.
Senggugut
Bahan: Lima helai daun ati-ati , 3 cm ubi bemban ,satu camca kecil abu dan satu gelas air. Daun ati-ati dan ubi bemban ditumbuk dan dicampurkan dengan abu. Dan kemudiannya dimasukkan dalam satu bekas berisi air. Separuh dari larutan tadi diminum ketika sakit dan sebahagian yang lebih itu kira-kira lima jam kemudiannya.
Sembelit
Ramuan: 2 biji nenas masak. Nenas yang telah dibasuh ,diparut dan perahkan airnya. Simpan dalam bekas
di dalam peti ais. Airnya diminum sebanyak satu cawan dua kali sehari.
Kurap
Rawatan: 11 – 13 helai daun ketapang, 1 camca kecil kapur sirih. Tumbukkan dan lenyekkan daun ketapang bersama-sama dengan kapur sehingga lumat. Sapukan ubat tadi pada tempat yang dijangkiti iaitu 2 – 3 kali sehari bergantung kepada besarnya kawasan jangkitan dan biarkan ia kering sendiri.